GAMBAR FAIL daripada arabnews.com
Arab News
am@hmetro.com.my


PUTERA Mohammed bin Salman dilantik sebagai Putera Mahkota, hari ini, menggantikan Putera Mohammed bin Naif.

Dekri diraja itu dikeluarkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

Selain itu, dekri itu turut menyatakan Raja Salman melantik Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif sebagai menteri dalam negeri - portfolio yang dipegang bekas Putera Mahkota.

Menurut laporan SPA, Mohammed bin Salman dipilih oleh 31 daripada 43 ahli jawatankuasa pewaris kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 12:17 PM