AYDILI, 23, mengambil gambar Ceily (tengah) dan Yaili, 23, di Pulau Causeway di Panama City.
Agensi

Di tengah cuaca panas, tiga beradik, Yaili, Aydili dan Ceily kelihatan berjalan bersama-sama sambil memegang payung.

Jika di tempat tinggal mereka, ketiga-tiganya lebih mesra dipanggil sebagai ‘tiga gadis rambut perang’ yang dimiliki sebahagian besar masyarakat peribumi Guna di Panama.

Al-Jazeera melaporkan, Yaili dan Aydili adalah pasangan kembar dan semuanya albino.

“Ibu kami dilahirkan dengan kulit yang terlalu putih dan mereka menyangka dia dilahirkan sebagai albino namun lama-kelamaan ia menjadi gelap.

“Moyang kami sentiasa berkata kepadanya bahawa dia akan mempunyai anak berkulit putih. Entah bagaimana dia boleh mempunyai firasat seperti itu,” kata Ceily, 18, yang paling muda antara mereka bertiga.

Dalam keluarga mereka, bukan hanya tiga beradik itu saja yang albino tetapi ia termasuk juga seorang sepupu dan bapa saudara.

“Kami biasanya tidak keluar rumah pada waktu ini. Biasanya kami akan tunggu cuaca redup sedikit,” kata salah seorang kembar itu.


Yamaris Lopez, 11, menghadiri kelas di sekolahnya di Pulau Gardi Sugdub.

Keadaan mereka secara genetiknya mungkin dianggap janggal tetapi ia sebenarnya perkara biasa dalam kalangan masyarakat

peribumi itu.

Menurut beberapa pakar, kadar penduduk albino masyarakat itu paling tinggi di dunia dengan nisbah satu orang setiap penduduk mengalami keadaan berkenaan.

Ia amat berbeza dengan nisbah di Amerika Syarikat dan Mali yang masing-masing seorang albino bagi setiap 18,000 dan 1,000 penduduk.

Selain itu, Reuters yang memetik pakar juga mengatakan terdapat

ratusan albino dalam kalangan 80,000 peribumi.

Guna iaitu mewakili hampir separuh tanah besar wilayah Guna Yala.

Di beberapa negara lain seperti Tanzania, albino boleh dihukum dan dibunuh kerana dianggap sebagai simbol nasib malang atau sihir.

Namun penduduk peribumi itu melayan kanak-kanak albino dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.


LOIDIBETH Alfaro yang berusia lima tahun adalah salah seorang albino dalam masyarakat peribumi Guna.

“Seperti kata nenek moyang, ia adalah rahmat. Jika kamu menjaga mereka, kamu akan mendapat tempat istimewa di syurga,” kata Yira Boyd yang mempunyai anak albino berusia 6 tahun.

Golongan albino juga mengalami ancaman lain iaitu cuaca tropika yang boleh menyebabkan masalah mata dan kanser kulit. Ketua Jabatan Dermatologi di Institut Onkologi Kebangsaan Panama City, Rosa Espana berkata, kes kanser kulit menunjukkan peningkatan di wilayah itu apabila dia bertemu tiga penduduk albino setiap minggu di kliniknya.

“Masalah ini akan menjadi lebih teruk sekiranya tiada usaha dilakukan seperti kempen pencegahan yang memberi fokus kepada masyarakat Guna atau pusat dermatologi di sana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 8:50 AM