BOMOH melakukan ritual
Agensi

DARAH budak lelaki dianggap azimat untuk dimasukkan dalam jampi dan mantera bomoh ilmu hitam dalam industri yang amat laris di Uganda.

Bahagian badan termasuk kemaluan, cebisan daging, telinga, hidung atau jari juga amat laris dalam amalan kejam berkenaan yang mengambil kesempatan kebodohan atau ketakutan pelanggan untuk meraih wang.

Malah ada juga bomoh menggunakan kepala kanak-kanak malang untuk jampinya.

Tidak ketinggalan juga syarikat pembangunan yang mahu memastikan kejayaan binaannya, mungkin menanam seorang kanak-kanak hidup-hidup terlebih dulu di bawahnya.

Ritual dilakukan memang kejam kerana kanak-kanak berkenaan lazimnya hidup ketika anggota badan dipotong untuk tujuan ilmu hitam.

News.com.au melaporkan, kes pengorbanan kanak-kanak di Uganda, timur Afrika meningkat mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun amalan itu sebenarnya bukan sebahagian daripada budaya asal rakyat negara itu.

Keadaan diterukkan dengan sikap polis dan sistem kehakiman yang kurang bertindak terhadap golongan berkenaan menyebabkan seorang lelaki kini menjadikan misinya untuk memburu bomoh kejam, selain mengambil dan menjaga kanak-kanak yang terselamat dalam ritual seperti itu.

Peter Michael Sewakiryanga sebelum ini hidup selesa sebagai akauntan, tetapi kematian kejam tiga budak lelaki dari satu keluarga di kampungnya mengubah segalanya. Mangsa ditetak menggunakan parang sebelum darah mereka diambil dan dicampakkan dalam belukar.

“Saya melihat apa dilalui keluarga malang itu dan kemarahan penduduk. Kami mengambil mayat kanak-kanak berkenaan dan menguruskan pengebumian mereka.

“Kemudian semakin banyak kes pula muncul. Saya terus merasakan perlu melakukan sesuatu. Saya tidak boleh hidup apabila begitu ramai ahli keluarga yang merana di keliling saya disebab

kan amalan jahat ini,” katanya.

Sementara itu, USA Today memetik pengalaman seorang ibu, Jackline Mukisa, 28, yang menangis menceritakan penemuan mayat anak lelakinya berusia lapan tahun tanpa gigi, bibir, telinga dan kemaluan.

“Anak saya tidak berdosa dan mati dalam keadaan begitu kejam. Bagaimana orang ini tergamak membunuhnya seperti itu?” soalnya.

Menurutnya, seorang penunggang motosikal menawar untuk menumpangkan anaknya John Lubega ketika kanak-kanak itu berjalan pulang dari sekolah, kata rakan sekelas yang kali terakhir melihatnya.

“Siasatan polis mendapati anaknya dibunuh perlahan-lahan kemungkinan dalam ritual oleh bomoh,” kata Jackline. Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat.

Kerajaan mengakui keadaan ekonomi yang mendesak menyebabkan orang ramai semakin memilih bomoh sebagai kaedah memperbaiki keadaan.

Pengamal perubatan tradisional, Joel Mugoya berkata, “Makanan sukar diperoleh disebabkan cuaca buruk dan ad

a yang menganggap ini disebabkan roh nenek moyang yang marah. Jadi mereka sanggup melakukan korban manusia kononnya untuk mengatasi masalah itu.”


SEORANG bapa menemani anaknya ke sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 9:00 AM