LELAKI ini dengan lucunya mengubah komputer ribanya menjadi produk Mac dengan epal yang dimakan separuh.

DARIPADA berpakaian berjenama dan bersantai di kapal layar sehinggalah memandu kereta sport terkini, golongan anak kaya Rich Kids of Instagram menyebabkan ramai orang iri hati kerana menayangkan gaya hidup terbaik mereka secara dalam talian.

Di Instagram, pengguna media sosial dari seluruh dunia berkongsi gambar menggunakan tanda pagar #NotARichKidOfInstagram dan #BudgetLife sebagai kaedah dan cara untuk mereka meniru gaya hidup mewah, lapor Daily Mail.

Bagaimanapun, ia bertentangan kehidupan mewah kerana pengguna media sosial ini memaparkan gaya lucu dengan cara meniru Rich Kids of Instagram tanpa kad kredit atau baki bank yang sepadan.

Daripada kereta terpakai, pawagam rumah cerdik dan rekaan peralatan sendiri, pengguna media sosial ini tidak segan dengan usaha mereka meniru dan mempersenda gaya hidup Rich Kids.


PENGGUNA media sosial dari Teheran mencipta gaya hidup Rich Kids dengan bantuan kertas A4 dan lakaran.

SEORANG wanita dari Amerika Syarikat mendapat idea menggunakan beberapa kertas untuk memberitahu orang ramai jenama seliparnya.

PENGGUNA media sosial dari Denmark berkongsi gambarnya bersebelahan Ferrari walaupun rantai itu menjadi halangannya dengan kereta mewah itu.

WALAUPUN mempunyai kereta sport mewah, seorang pengguna mendapat ilham dengan menconteng jam pada pergelangan tangannya.

PENGGUNA Instagram ini dengan lokasi tidak diketahui menunjukkan apa yang berlaku sekiranya anda memandu kenderaan terpakai.

SEORANG wanita dari United Kingdom meneguk minumannya ketika dia beristirahat di persekitaran yang sepatutnya tidak layak dimuat naik ke Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 9:52 AM