DUA rusa dilihat duduk di belakang kereta ini pada hari yang cerah di New Jersey.

AKSI pemandu ini pastinya membuatkan anda berpusing dua kali untuk melihat. Daripada nenek yang bergantung pada belakang bas sehingga ke rusa sebagai penumpang kereta, semua gambar berkenaan menentang logik akal.

Pemandu dari seluruh dunia berkongsikan perkara pelik yang mereka hadapi ketika memandu dan

Bored Panda berkongsi sebahagian daripadanya, lapor Daily Mail.

Seorang lagi pemandu kelihatan seperti wira gladiator dari empayar Rome purba yang menunggang kenderaannya di lebuh raya manakala sebuah kereta yang kemek dengan tukul tersekat di sisinya.

Beberapa gambar lain turut mengejutkan menunjukkan seorang wanita memandu sambil ditemani Freddy Krueger dan Captain Amerika sedang menunggang motosikal.


CAPTAIN Amerika di jalan raya. Penunggang lain tentu berasa selamat dengan kehadirannya.

APAPUN yang anda lakukan, jangan terlalu dekat dengan trak ini. Tengkorak dan pancang pada kenderaan ini sangat menakutkan.

DI mana tingkap dan pintu kereta ini? Reka bentuk kereta ini mengelirukan orang yang melihatnya.

BERAPA lama mereka memandu bersama? Wanita ini tidak kelihatan takut dengan penumpangnya, tetapi orang yang melihat pastinya ketakutan.

NENEK ini lakukan apa sahaja untuk tidak terlepas bas sehingga sanggup berpaut pada tangga belakang bas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 8:09 AM