1,000 peserta rentas gurun sejauh 250km dalam 7 hari sambil bawa makanan.
Agensi

EDISI ke-34 Marathon Des Sables (MDS) bukan sekadar pengembaraan sukan, tetapi larian cabaran hidup bagi 1,000 peserta.

Acara tahunan itu berlangsung di selatan Gurun Sahara, Maghribi pada 7 hingga 15 April lalu.

MDS diadakan setiap tahun sejak 1986 dan awal bulan ini, ribuan peserta berkumpul di tengah Sahara yang terletak

di rantau Ouarzazate.


Pengembaraan moden itu memerlukan peserta merentasi Gurun Sahara sejauh 250 kilometer (km) dalam tempoh tujuh hari sambil membawa makanan.

Mereka perlu melengkapkan enam peringkat untuk tiba di garisan penamat.

Sepanjang perlumbaan itu, peserta berdepan dengan pasir bukit, cuaca panas terik dan tasik kering.

Mereka turut dibekalkan air serta berkongsi khemah tradisi masyarakat Berber bersama lapan peserta untuk tidur pada waktu malam.

MDS turut dikenali sebagai Maraton Sahara dan jarak ultra-maraton itu bersamaan dengan enam larian biasa.


SETIAP peserta membuat persediaan rapi sebelum menyertai larian mencabar ini.

Peringkat larian tunggal terpanjang MDS sejauh 91 kilometer pada 2009.

Setiap tahun, MDS diadakan di gurun itu digelarkan sebagai larian paling mencabar di dunia selepas ditubuhkan pada 1986.

Ia ditubuhkan oleh promoter konsert Perancis Patrick Bauer yang berjaya merentas Gurun Sahara seorang diri pada 1984.

Tujuannya untuk membangunkan projek bagi membantu kanak-kanak dan penduduk kurang bernasib baik dalam kesihatan, pendidikan dan pembangunan mampan di Maghribi.


ANTARA cabaran yang perlu ditempuh peserta adalah pasir tebal dan ribut pasir.

Dia berjalan sejauh 350 kilometer selama 12 hari tanpa menemui oasis atau penduduk sepanjang perjalanan.

Dua tahun kemudian, MDS pertama diadakan dan ketika itu, hanya 23 pelari. Peserta Perancis, Bernard Gaudin dan Christiane Plumere masing-masing menang kategori lelaki dan wanita.


PESERTA bersedia di garisan permulaan sebelum maraton bermula.

Selepas 33 tahun, acara itu mencatatkan lebih 20,000 peserta dengan hampir 1,000 pelari dari 51 negara menyertai larian berkenaan tahun ini.


PESERTA terpaksa menggunakan tali untuk mendaki bukit yang terdapat di Gurun Sahara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 11:41 AM