Agensi

AGAK pelik apabila sebuah kenderaan dilihat mempunyai dua muka manakala sebuah lagi kereta sedan mempunyai lapan tayar.

Rupa bentuk kereta yang agak ganjil itu menyebabkan ia menjadi perhatian komuniti di media sosial yang begitu tertarik apabila sebuah kenderaan diubah suai dengan begitu ekstrem.Ia dilakukan lelaki dari Bandung, Indonesia yang terlalu minat mengubah suai kenderaan sebagai cara untuk mengekspresikan diri.

Liputan 6 melaporkan, Rony Gunawan yang juga pengarah syarikat Gemah Ripah Taxi, mengubah suai Toyota Vios menjadi kereta dua muka iaitu dua bahagian pemandu.


KERETA dikenali sebagai Evil Phantom. FOTO Agensi

Dia yang gembira dengan hasil itu kemudian mengubah suai sebuah lagi kereta jenis sedan yang mempunyai lapan tayar.

Bagaimanapun, sebelum Rony, terdapat beberapa lagi individu di seluruh dunia yang terlalu gilakan hobi itu dan mengubah suai kenderaan secara ekstrem.

Seorang pemilik trak jenis Ford F-150 mencetuskan perhatian apabila dia berjaya mengubah suai sebuah kereta menjadi dalam keadaan terbalik.

Ia sememangnya menjadi perhatian seluruh dunia apabila gambar kereta terbabit pernah tular pada 2014 apabila ia turut dilengkapi empat tayar di bahagian atas dan bawah.


TOYOTA Vios yang diubah suai menjadi dua muka. FOTO Agensi

Sebuah lagi kereta yang dinamakan sebagai Evil Phantom juga kelihatan pelik apabila diubah suai dengan bentuk wajah pada badan kereta.

Kereta milik seorang individu bernama W Burge itu kelihatan agak menakutkan dan boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sebuah kereta yang diubah suai individu bernama Hilman Imp pula digelar sebagai kereta paling leper di dunia.

Kereta terbabit hanya mempunyai ketinggian sekitar 0.4 meter sekali gus menyebabkan ia sukar dipandu apabila pemandu terpaksa memanjangkan kaki mereka.


MOTOKAR paling leper di dunia. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 10:44 AM