SAMBUCA diasaskan Yunani purba. FOTO Agensi
BANDAR yang memiliki pelbagai seni bina berbeza. FOTO Agensi
KEDIAMAN di bandar indah ini dijual murah dengan harapan memulihkan komunitinya. FOTO Agensi
SAMBUCA bandar cantik di atas bukit dengan pemandangan indah. FOTO Agensi
Agensi

PULUHAN rumah di pulau Sicily di selatan Itali dijual dengan harga murah yang bermula dari RM4.30 (EUR0.90) dalam usaha memulihkan komuniti yang semakin berkurangan.

Sambuca yang terkenal dengan bandar di puncak bukit memiliki pemanda­ngan indah menghadap Laut Mediterranean.

Rumah di kawasan itu dijual dalam pasaran pada harga RM4.69 (EUR1) dalam usaha memulihkan komuniti di kawasan yang mengalami pengurangan penduduk sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana penghuninya berhijrah ke bandar lebih besar.

Menurut Daily Mail yang memetik kenyataan CNN, Sambuca menghapuskan masalah pita merah (red tape) bagi memastikan mereka yang berminat boleh membuat pembelian segera.

Ia bukanlah bandar pertama yang menyediakan tawaran menguntungkan bagi menarik pemilik rumah berpotensi, kata pegawai tempatan.

Timbalan Datuk Bandar dan anggota majlis pelancongan Sambuca, Giuseppe Cacioppo berkata: “Berbanding bandar lain yang menawarkan harga sebegitu dengan tujuan propaganda, dewan bandar ini memiliki semua rumah pada RM4.69 (EUR1).


AKTIVITI menjolok gelong yang menyeronokkan. FOTO Ahmad Hibatullah Razali

“Kami bukan orang te­ngah yang menghubungkan pemilik lama dan baru. Jika anda mahu rumah itu, anda akan mendapatnya segera.”

Bagi pemilik baru, mestilah bersedia membayar deposit keselamatan RM23,450 (EUR5,000).

Mereka juga perlu membaik pulih rumah pilihan yang mengalami runtuhan kira-kira 40 hingga 150 meter persegi dalam tempoh tiga tahun dengan kos bermula dari RM70,349 (EUR15,000).

Deposit keselamatan akan dikembalikan selepas baik pulih selesai.

Cacioppo berkata: “Pembeli tidak akan kecewa kerana Sambuca dikenali sebagai Bandar Kemegahan.

“Tanah tambak yang subur ini terkenal sebagai Syurga Bumi. Kami terletak dalam rizab semula jadi, kaya dengan sejarah. Pantai, hutan dan gunung indah mengelilingi kami. Suasananya aman dan damai, percutian yang indah untuk penginapan detoks.

“Bandar ini memerlukan orang asing untuk menghalang kerosakan disebabkan kekurangan penduduk.”


PANORAMA Gunung Semanggol di hadapan bendang. FOTO Ahmad Hibatullah Razali

Sambuca diasaskan Yunani purba sebelum ditawan golongan Saracen yang mengubahnya menjadi pusat perdagangan yang berkembang pesat.

Bandar itu memiliki gaya seni bina berbeza-beza termasuk gereja dengan kubah Arab.

Kebanyakan rumah dua tingkat yang dijual terletak di dalam daerah Saracen.

Sebahagian bandar itu berada di bawah tanah seperti di dalam kota teng­gelam.

Sehingga kini, 10 rumah sudah terjual.

Susanna Heinson dari Jerman, antara pemilik baru giat membaik pulih rumahnya.

“Saya tidak sabar menghabiskan musim panas di Sambuca. Tempatnya sungguh indah dan istimewa. Orang di sini berfikiran terbuka dan mesra, membuatkan kami tidak rasa seperti orang asing,” katanya.


KEDIAMAN di bandar indah ini dijual murah dengan harapan memulihkan komunitinya. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 10:27 AM