JADIKAN bercuti dengan rakan sebagai aktiviti wajib. FOTO: Elfira Loy
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


TUNTUTAN kerja dan kesibukan dengan kehidupan masing-masing, adakala kita tidak punya masa diluangkan bersama rakan baik yang selama ini sentiasa ada di sisi saat suka dan duka.

Percutian bersama antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengeratkan kembali ikatan persahabatan yang kian longgar. Kongsi bersama segala kegembiraan, keseronokan dan keterujaan ketika bercuti.

Apa kata bawa kawan baik terbang ke Perth, Australia kerana menjanjikan destinasi menarik dan mesra Muslim, tetapi sesuai untuk diterokai bersama rakan baik.

Apa kata bawa kawan baik terbang ke Perth, Australia kerana menjanjikan destinasi menarik dan mesra Muslim, tetapi sesuai untuk diterokai bersama rakan baik.

Perth juga adalah destinasi yang sangat dekat dengan negara barat dan hanya mengambil masa penerbangan 5 jam setengah dengan zon masa yang sama.

AKTIVITI ‘WAJIB’ BERCUTI BERSAMA RAKAN

Memandu sendiri ketika bercuti bukan saja mengeratkan lagi hubungan dua insan, malah menguji kesabaran dan mendalami lagi sikap sebenar rakan anda.

Perjalanan menuju ke Margaret River untuk melihat pemandangan lautan Hindi yang mempesona dan gua bawah tanah, bukan saja mengagumkan malah memberi pengalaman yang sukar dilupakan.

Kunjungan ke The Pinnacles pula berpeluang melihat sendiri batu kapur yang terhakis menjadi bentuk tajam kelihatan seperti disusun manusia.

Puas melihat keajaiban alam yang mempesona itu, merasai sendiri masakan lobster atau udang kara yang terkenal dengan kesegaran di Restoran The Lobster Shack cukup mengujakan.

Selain udang kara, restoran ini juga terkenal dengan hidangan Fish & Chips, ikan grill, burger seafood, salad dan pelbagai lagi pilihan lain untuk anda cuba.

Begitu juga Hutt Lagoon di Yallabatharra dengan keajaiban Pink Lake, bergambar berlatarbelakangkan Blue Boatshed dan mengunjungi Canal Rocks untuk menikmati sendiri suasana dengan kederasan laut sepanjang lautan Hindi sebelum meneroka bandar Perth melalui Wolf Lane.

Aktiviti paling menarik mungkin membuat sendiri pelembap bibir di Vasse Virgin setiba di Perth atau melihat sendiri bagaimana coklat dihasilkan saat berkunjung ke Kilang Coklat MR.

MEMBELI-BELAH TAMBAH KESERASIAN

Membeli-belah nyata perkara wajib yang sering dilakukan tatkala keluar bersama rakan baik. Pusat beli-belah terbaru Westfield Carousel yang terletak di sub bandar Cannington menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik dan boleh diakses melalui Cannington Railway Station.


MEMBELI-BELAH nyata perkara wajib yang sering dilakukan tatkala keluar bersama rakan baik.

Hay Street Mall pula syurga buat anda yang ingin membeli barangan jenama Australia seperti Mecca, Cotton on, T2 Colette, Bonds secara outdoor.

Di Fremantle Markets yang hanya dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, anda boleh membeli pelbagai barangan makanan, buah-buahan segar serta kraftangan.

Jangan lepaskan peluang merasai kesedapan Fish & Chips yang disediakan menggunakan resipi turun temurun di Kailis Fish Market Cafe selain Honey Cake yang hanya boleh didapati di Fremantle Market. Namun, untuk Honey Cake, tempahan awal perlu dilakukan jika ingin yang bebas alkohol.

Bagi yang ingin membeli-belah di saat akhir sebelum berangkat ke lapangan terbang pula, Direct Factory Outlet yang baru dibuka dengan 110 kedai serta butik nyata tidak mengecewakan.

TAMBAH KOLEKSI GAMBAR INSTAGRAM

Dengan pemandangan mempesona, latar belakang dan suasana mengujakan, setiap gambar yang diambil kemudian di muat naik di akaun Instagram pasti mengundang ‘Like’ yang banyak.

Dengan menggunakan tanda pagar #quokkaselfie, landskap berlatarkan pasir berwarna jingga di The Pinnacles nyata memukau pandangan. Begitu juga Rottnest Island dengan air laut yang membiru pasti memberikan gambar Instagram yang mempesona.

Blue Boatshed juga memberikan hasil gambar terbaik dengan rumah bot di tengah laut yang cukup popular.

Kunjungi juga Taman Hidupan Liar Cavarsham yang menyediakan pelbagai aktiviti interaktif pasti menyeronokkan. Tambah pula disediakan kemudahan bilik solat bagi pengunjung di Swan Valley.

Di Mandurah pula boleh mengikuti pelayaran untuk melihat sendiri kelincahan ikan lumba-lumba melompat di laut membiru.

Begitu juga Farmstay dengan aktiviti memberi haiwan makan atau memetik buah kemudian kunjungan ke Amaze’s Busselton Jetty, penerokaan bawah laut dan berbasikal atau meneroka pulau menaiki bas di Rottnest Island.

JANGAN SIA-SIAKAN PROMOSI TERHEBAT

Ingin merealisasikan percutian penuh bermakna dengan rakan karib? AirAsia dengan penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Perth menawarkan tiket pada harga serendah RM299.

Tempah sendiri pakej percutian dengan penerbangan, bilik hotel untuk 4 hari 3 malam dan cukai dari RM1,399 seorang

di www.airasia.com.

Penerbangan Premium Flatbed tanpa harga premium dari RM1,190 lengkap dengan bagasi 40 kilogram (kg), makanan, akses Premium Red Lounge, hiburan dalam penerbangan Xcite dan daftar masuk lebih pantas nyata pilihan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 5:00 AM