HIASAN dalaman UF Haus kontra dengan dinding konkrit apabila tampilkan perincian kayu.
Susunan Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro.com.my


SEBUAH rumah di Bavaria, Jerman dikenali sebagai UF Haus menampilkan ciri-ciri rekaan paling minimalis dan ringkas.

Ia hasil sentuhan kreatif perekanya, SoHo Architektur yang membiarkan rekaan rumah itu menonjolkan bahan binaan paling asas iaitu konkrit semata-mata.

Maksud UF Haus ialah singkatan kepada Unfinished (UF) sementara Haus pula bermaksud rumah dalam bahasa tempatan.

Nama berkenaan dilihat menepati rekaan rumah dua tingkat ini apabila fasadnya dibiarkan tanpa sebarang cat atau disaluti material lain.

Perincian lain yang membuktikan betapa ‘sederhananya’ reka bentuk rumah itu ialah pada bahagian atas rumah terjulur keluar sambil disokong tiang keluli berbentuk Y.

Selain itu, pintu gelongsor kaca memberi pemandangan terbuka baik ke luar atau dalam rumah.

Mempunyai tiga bahagian merangkumi bahagian rumah itu sendiri, tingkat bawah tanah dan garaj kereta yang berada pada tengah plot rumah berkenaan.


3. TINGKAP bersegi empat sebagai sumber pencahayaan utama.

Uniknya, hiasan dalaman rumah berkenaan kontra dengan dinding konkrit yang ‘keras’ apabila menampilkan perincian kayu.

Lihat saja penggunaan rak kayu pada ruang perpustakaan di aras bawah rumah sebagai pemisah ruang dengan kawasan ruang tamu yang terbuka.

SoHo Architektur hanya menggunakan tiga material berbanding konsep rekaan terkini yang lebih menampilkan idea atau rekaan yang rumit.

Pengasas bersama firma berkenaan, Alexander Ngele menyifatkan idea rekaan itu hanya menggunakan tiga bahan asas bagi keseluruhan konsep rumah terbabit sebagai menyokong jumlah tenaga pertukangan mahir berkurang saban tahun.

Ketika ini pembinaan rumah di Jerman banyak menggunakan teknologi pasang siap berbanding kaedah konvensional iaitu pertukangan rumah biasa.

Tiga tingkap empat segi sama di tingkat satu diletakkan sebaris dengan besi kelabu pada rasuk rumah. Selain itu, bahagian kehijauan di belakang rumah dijadikan tumpuan utama.

Malah pencahayaan rumah dibantu oleh fasad rumah di bahagian utara apabila kerangka kayu meningkatkan elemen pencerahan dalam rumah konkrit terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 5:15 AM