MUDAH dibuat, murah dan nampak menarik.
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


RUANG tamu rumah anda boleh kelihatan menarik dengan modal cuma beberapa ringgit. Caranya, letakkan bekas pasu menggunakan kayu 2x4 dan ia mudah sahaja untuk dihasilkan.

Menerusi kemasan menggunakan cat kayu khas, hiasan ini pasti membuatkan jiran anda cemburu atau paling tidak menjadi latar berswafoto bagi tetamu yang datang ke rumah.

Untuk membuatnya ikuti cara berikut:

1. BELI dua kayu 1x6x 4 dan sebatang kayu 2x4, pelekat dan cat warna kayu.


POTONG kayu 2x4 dengan ukuran sama tinggi dengan kayu 1x6x4 dan sambung dan lekatkan seperti gambar.

2. POTONG kayu 2x4 dengan ukuran sama tinggi dengan kayu 1x6x4 dan sambung dan lekatkan seperti gambar.

3. KEMUDIAN sapu menggunakan cat kayu yang mudah kering dan untuk menambah seri objek hiasan tambahan ini, letak beberapa botol kaca yang dijadikan pasu dan tumbuhan bersesuaian di dalamnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 5:30 AM