CIRI unik menghadap matahari.
hmdigital

KECERIAAN warna bunga matahari pastinya membangkitkan aura positif bagi mata yang memandang.

Helianthus annus yang berasal daripada famili Asteraceae ini memiliki ciri fizikal seperti kelopak bunga berbentuk tirus berwarna kuning terang dan mengelilingi cakera bulat, manakala daunnya pula lebar serta kedudukannya berselang-seli.

Seperti namanya, bunga ini memerlukan pencahayaan secukupnya bagi memastikan ia tumbuh segar.

Istimewanya bunga matahari ini termasuk perilaku unik apabila bunganya sering menghadap matahari (heliotropisme).

Diangkat sebagai bunga kebangsaan Ukraine, bunga matahari ini bukan sahaja mampu menaikkan seri laman bahkan ia memiliki khasiat terhadap kesihatan manusia.

Turut dijadikan minyak masak, bunga matahari dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan masalah cirit-birit.

Penjagaan bunga ini juga mudah apabila ia memerlukan siraman air secara konsisten, proses pembajaan berkala dan kawalan serangga perosak bagi memastikan pokok bunga matahari kekal subur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2019 @ 8:49 AM