SENI tembikar antara yang diketengahkan di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur.

HARI Kraf Kebangsaan 2019 (HKK 2019) yang kini berlangsung hingga 11 Mac ini di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur membariskan pelbagai hasil tangan daripada kraf keperluan rumah hingga busana daripada 300 usahawan tempatan.

Festival yang membawa tema Memperkasa Komuniti Kraf itu ini dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung termasuk jualan produk, pameran, demonstrasi, bengkel bimbingan untuk usahawan kraf serta persembahan kebudayaan.

Segmen digital iaitu menerusi integrasi teknologi VR terkini turut ditampilkan untuk memberi pengalaman menarik sepanjang berada di sana menjadi antara tarikan terbaru di HKK 2019.


KRAF anyaman pamerkan daya kreativiti usahawan. Foto-SAIFULLIZAN TAMADI

Lebih membanggakan apabila perasmiannya disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar pada hari pertama HKK 2019.

Serentak dengan penganjuran festival ini, seramai 200 usahawan kraf turut membuka gerai pameran di pusat beli-belah dan hotel yang terpilih dalam memeriahkan HKK 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 5:00 AM