JUALAN IKEA bakal berlangsung bermula 12 hingga 29 Julai nanti.
Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my

Berita baik buat pencinta seni dekorasi yang berhasrat untuk mentransformasi idea tata hias kediaman sedia ada kepada suntikan lebih baru apabila IKEA bakal tampil dengan promosi jualan besar-besaran bermula 12 hingga 29 Julai nanti.

Jualan IKEA membabitkan ratusan variasi produk kelengkapan rumah berkualiti ini berlangsung serentak di tiga cawangan termasuk IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Tebrau.

Pelanggan setia bakal menikmati pembelian peralatan kelengkapan rumah yang berkualiti, reka bentuk menarik dan pelbagai fungsi pada harga berpatutan dengan kadar diskaun mencecah 50 peratus bagi produk terpilih.

Timbalan Pengarah Peruncitan IKEA Malaysia Gerard Jansen berkata, jualan IKEA adalah acara dinanti-nantikan.

Katanya, kempen jualan ini menyajikan peluang terbaik buat rakyat Malaysia untuk merancang dan mengubah dekorasi kediaman bagi fasa kedua tahun ini.


PROMOSI harga mencecah 50 peratus.

Istimewa buat ahli IKEA Family, mereka berpeluang untuk menyertai jualan pratonton eksklusif dan mendapatkan peralatan kelengkapan rumah idaman dengan harga eksklusif pada 11 Julai bermula jam 9.30 pagi hingga 10 malam.

Lebih menarik, 200 pelanggan pertama di setiap cawangan IKEA berpeluang menebus Kad Hadiah IKEA bernilai RM20 apabila berbelanja RM350 ke atas dalam satu resit sepanjang tempoh promosi jualan.

Ahli IKEA Family juga membuat pembelian sarapan menu ayam loh mai kai pada harga RM1 di mana-mana restoran cawangan IKEA ketika jualan pratonton eksklusif nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 8:08 AM