BUNGA pelbagai warna disusun menjadi arca watak kartun dan haiwan menarik perhatian pengunjung.
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar dengan arca bunga yang menarik hati.
BUNGA dahlia menjadi tema dalam pameran kali ini.
PAMERAN Bunga Hong Kong 2018 mempamerkan lebih 30,000 varieti bunga dahlia pelbagai bentuk dan warna dari seluruh dunia.
Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my


Pameran Bunga Hong Kong anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebudayaan dan Santai negara itu yang diadakan pada 16 hingga 25 Mac lalu adalah acara terbesar bagi memperkenalkan hortikultur dan kesedaran kehijauan.

Pengunjung terutama pencinta hortikultur seluruh dunia berpeluang menyaksikan keindahan ribuan spesies bunga dan berkongsi pengalaman mereka dalam penanaman bunga menerusi pertunjukan yang diadakan setiap tahun di Victoria Park, Causeway Bay.

Tema pameran kaliini adalah dahlia iaitu sejenis bunga yang mempunyai pelbagai bentuk dan kuntumannya yang mekar mampu menarik kunjungan tetamu dari seluruh pelosok dunia.


BUNGA dahlia menjadi tema dalam pameran kali ini.

Malah, acara tahun ini juga mempamerkan bunga yang indah ini menerusi tanaman dalam pasu, susunan hiasan dan landskap oleh organisasi dalam dan luar negara.

Terdapat juga gerai komersial menjual bunga dan produk hortikultur lain.

Satu ketika dulu di Hong Kong, taman bunga dikatakan hanyadiakses penduduk yang kaya, sementara golongan biasa yang menetap di flat kecil tidak berpeluang menanam bunga berikutan ruang tempat tinggal terhad.


PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar dengan arca bunga yang menarik hati.

Namun, mereka boleh memiliki tanaman dalam pasu kecil yang diletakkan di tingkap kediaman.

Oleh itu, pesta bunga atau acara yang seangkatan dengannya adalah peluang untuk penduduk menikmati taman bunga yang besar dan luas.


BUNGA pelbagai warna disusun menjadi arca watak kartun dan haiwan menarik perhatian pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 7:15 AM