PEMBINAAN Trinity Lemanja menekankan tiga elemen utama iaitu meningkatkan kecekapan ruang, mengimbangi trend dan memenuhi gaya hidup moden.
KEDIAMAN contoh menampilkan rekaan dalaman yang berpadanan dengan konsep pembinaan rumah moden dan mengutamakan fungsi.
KEDIAMAN contoh dengan pemilihan kelengkapan dan aksesori gaya moden itu mengutamakan fungsi dan praktikal bagi mencipta aliran ruang kediaman yang lancar.
Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my

Kediaman yang dibina untuk meningkatkan kecekapan ruang, mengimbangi trend dan memenuhi gaya hidup moden hari ini.

Pembinaan kondominium yang mengutamakan elemen keselesaan penghuni itu juga mengetengahkan konsep ruang terbuka bagi memastikan aliran dalam kediaman lancar.

Menyasarkan pada pasangan baru kahwin dan keluarga kecil, kediaman contoh dengan rekaan dalaman gaya moden itu sesuai dipadankan dengan saiz kediaman bagi memanfaatkan segenap ruang.

Kelengkapan dan aksesori disusun letak dengan mengutamakan fungsi serta praktikal supaya dapat mencipta kesan ruang yang nampak lebih besar daripada saiz sebenar.

Sentuhan warna neutral pada segenap ruang juga mewujudkan ketenangan dan kesederhanaan dalam ruang kediaman.

Penggunaan cermin pada bahagian dinding ruang tamu di salah satu kediaman contoh itu turut menjadikan ruang berkenaan nampak lebih lapang.

Itu antara gambaran kediaman contoh Trinity Lemanja yang menyerlahkan konsep dekorasi moden yang serasi dengan keperluan penghuninya.

Projek yang dibangunkan Trinity Group Sdn Bhd (Trinity) di atas tanah berkeluasan 1.13 hektar itu terletak di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur.

Elemen keselesaan turut diterjemahkan dalam pembinaan kelab eksklusif untuk pemilik kediaman yang berkeluasan 3,700 kaki persegi lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk majlis keramaian.

Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity, Datuk Neoh Soo Keat berkata, pihaknya sentiasa membangunkan projek bagi memenuhi kehendak pasaran.

“Strategi utama kami untuk memastikan projek pembangunan kami memenuhi permintaan semasa dan menepati kemahuan pelanggan sasaran kami dengan penekanan kepada penciptaan nilai.

“Kami yakin setiap pemilik rumah berhak menjalani gaya hidup impian mereka dan Trinity Lemanja berusaha untuk memenuhi aspirasi itu,” katanya.

Kata Soo Keat lagi, dengan pembangunan Trinity Aquata dan Trinity Lemanja, mereka akan meneruskan momentum melalui persediaan untuk melancarkan projek pembangunan seterusnya.

Dalam meneruskan usaha kami untuk membina rumah idaman bagi pasaran sasaran kami dan sentiasa memberi penekanan dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan serta menawarkan kelainan untuk setiap pembangunan.

Malah sering mencari peluang menyumbang kepada kawasan sekitar pembangunan seperti meningkatkan prasarana bagi memperbaiki akses penduduk.

“Kedua-dua faktor ini amat kritikal untuk memastikan kami benar-benar menambah nilai kepada pengalaman kehidupan pembeli rumah kami dan memberi laluan kepada peningkatan nilai aset berkenaan,” katanya.

Soo Keat ditemui ketika memperkenalkan projek Trinity Lemanja di Bilik Pameran yang terletak di Jalan Kuang Bertam 6, Taman Kepong, baru-baru ini.

Beliau turut ditemani Ketua Pegawai Pemasaran Trinity, Ng Ching Yee.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 1:48 AM