PESERTA menonjolkan kreativiti dengan memasak resipi tempatan menggunakan periuk Pensonic Multi Cooker.
DOLF (tengah), Cef Ismail (dua dari kiri) dan tetamu kehormat lain bersama peserta bengkel memasak anjuran Courts dengan kerjasama Pensonic di Courts Megastore Sri Damansara.
Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my

Sama ada mencuba resipi baru atau menyediakan hidangan kegemaran untuk keluarga tercinta, memasak menjadi lebih mudah sekiranya mendapat bantuan untuk kelancaran di ruang dapur.

Peneraju peruncit perabot dan barangan elektronik terbesar di Malaysia, Courts Malaysia (Courts) menganjurkan bengkel memasak dengan kerjasama Pensonic, baru-baru ini.

Acara yang berlangsung di Courts Megastore Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu menawarkan peluang berharga bagi peserta untuk belajar memasak dengan cef selebriti terkemuka Datuk Cef Ismail Ahmad.

Program memasuki kali kedua penganjuran itu disertai 40 peserta yang turut menonjolkan kreativiti masing-masing menerusi penghasilan hidangan tradisional Melayu menggunakan perkakas dapur Pensonic.

Bagi bengkel memasak kali ini, Pensonic menampilkan produk Pensonic Multi Cooker.

Periuk inovasi berkenaan turut menawarkan beberapa ciri istimewa seperti sistem kawalan suhu boleh laras dengan pot boleh ditanggalkan dan tidak melekat.

Ditawarkan RM245, Pensonic Multi Cooker itu turut dilengkapi dengan penutup kaca tahan lasak (tempered glass).

Mempunyai kapasiti 3.8 liter, periuk serba boleh itu juga sesuai dengan pelbagai jenis masakan seperti merebus, mengukus, menumis dan menggoreng.

Direka untuk memberi inspirasi dan menjana kreativiti di ruang dapur, perkakas Pensonic membuatkan hidangan tempatan lebih asli serta mudah disediakan.

Pada acara itu, Cef Ismail turut membuat demonstrasi memasak Ayam Berempah Hijau dan air Bandung Soda Kisar Berlaici.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Dolf Posthumus berkata, penganjuran program itu bertujuan mendekatkan diri dengan pelanggan selain dapat mempromosikan produk berkenaan.

“Bengkel memasak dengan Cef Ismail adalah ganjaran untuk pelanggan menerusi acara menyeronokkan.

“Selain itu, pengunjung juga dapat berhubung dan dekat dengan kami serta dalam masa yang sama beramah mesra bersama personaliti televisyen terkemuka.

“Ini juga adalah bukti komitmen Courts untuk sentiasa membekalkan pengalaman baru dan inovatif kepada pelanggan di samping memberi peluang kepada Pensonic untuk mempamerkan perkakas dapur yang elegan serta mudah,” katanya.

Dolf berkata, semua produk yang digunakan dalam acara ini juga boleh didapati dengan harga berpatutan di seluruh cawangan Courts.

Selain bengkel masakan, peserta berkesempatan menikmati Ayam Berempah Hijau yang disediakan.

Semua peserta turut membawa pulang beg goodies bernilai RM 400 termasuk Pensonic Multi Cooker bagi memberi peluang kepada suri rumah terus cekap dan kreatif memasak di rumah.

Sempena acara itu juga Courts Megastore Sri Damansara bakal menjadi tuan rumah bagi ‘road show’ yang dijalankan sepanjang hujung minggu dengan tawaran istimewa untuk produk Pensonic.

Setiap pembelian produk bernilai RM99 ke atas bakal menerima termos percuma bernilai RM35, sementara stok masih ada.

Promosi tahunan‘Courts Cooling Fair’

Dalam persediaan menghadapi fenomena Ekuinoks, Courts kini kembali dengan promosi tahunan Courts Cooling Fair hingga 6 September ini.

Pelbagai penyelesaian alat penyejuk kediaman seperti penyaman udara ditawarkan dengan harga paling rendah dan berpatutan.

Lebih lapan jenama antarabangsa menjadi pilihan seperti Samsung, Panasonic, Sharp dan Khind bermula dari kapasiti satu hingga dua kuasa hos.

Kompresor penyaman udara turut dipamerkan bagi memboleh pemilik kediaman membuat ukuran keluasan ruang untuk meletakkan alat itu.

Hingga 50 peratus potongan harga ditawarkan termasuk tiga bulan lanjutan jaminan bagi pemasangan penyaman udara.

Courts turut menawarkan penyelesaian dengan perkhidmatan menyelenggara dan membersihkan sistem penyaman udara.

Menariknya, servis pembersihan Courts mengetengahkan penyelesaian pembersihan kimia 12 langkah bagi mempertingkat kualiti kebersihan penyaman udara selain mengisi semula gas untuk memastikan udara kekal sejuk.

Servis penyelenggaraan dan pembersihan penyaman udara bermula dari RM199 dan ke atas itu juga meningkatkan kecekapan fungsi penyaman udara dan dalam masa yang sama menjimatkan elektrik untuk jangka masa panjang.

Tawaran Courts Cooling Fair juga boleh didapati di lebih 29 rangkaian Courts di seluruh Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Layari www.courts.com.my untuk maklumat lanjut atau kunjungi cawangan Courts di seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 2:13 AM