LAI (kanan) bersama pengurusan kanan Standard Chartered Malaysia pada majlis pembukaan cawangan terbaharu berkonsep bank kafe.
Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Standard Chartered Malaysia memperkenalkan cawangan pertama dengan konsep bank kafe bagi menyuntik pengalaman baharu kepada pelanggan yang berurusan di lokasi berkenaan.

Ia bukan saja berfungsi sebagai cawangan untuk urusan perbankan, malah turut menjadi lokasi pertemuan sosial pelanggannya.

Cawangan utama tiga tingkat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur itu turut memberi tumpuan kepada perhubungan dengan pelanggan termasuk dalam kalangan pelanggan segmen Priority dan perbankan perniagaan dengan cara lebih segar.

Ketua Perbankan Runcitnya, Lai Pei Si berkata, berikutan peningkatan urusan secara digital, kemudahan seperti ini dianggap masih diperlukan walaupun bukan satu kemestian.

“Kunjungan ke cawangan bank bukan lagi satu kemestian dalam kalangan pelanggan memandangkan kini boleh dilaksanakan secara digital. Kami merasakan pengalaman terbaik di cawangan perlu diutamakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 7:57 AM