PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng terbaharu di Kemaman, Terengganu.
Sofyan Rizal Ishak
sofyan.rizal@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) membuka cawangan terbaharu Grand Senheng di Kemaman, Terengganu bagi menyediakan pengalaman beli-belah berbeza kepada pelanggan di kawasan sekitar daerah terbabit.

Menurut syarikat itu, cawangan terbabit menampilkan format kedai baharunya dan menawarkan rangkaian meluas barangan dan peralatan elektronik serta dibina dengan nilai eksklusif untuk menambah baik pengalaman pelanggan.

Antara barangan elektrik dan elektronik yang terdapat di kedai mega itu adalah telefon pintar, komputer tablet dan mudah alih, televisyen definisi tinggi ultra (UHD), peti ais dan mesin basuh muatan depan daripada pelbagai jenama popular termasuk Samsung, Panasonic, Sharp dan Sony.

“Semua ganjaran eksklusif ini pasti memberikan pengalaman beli-belah yang tidak akan dilupakan oleh pelanggan sejajar dengan slogan Senheng iaitu ‘Mencipta kualiti kehidupan yang lebih hebat’,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sempena pembukaan Grand Senheng Kemaman, syarikat itu menawarkan promosi istimewa iaitu rebat EZ Kredit yang ditawarkan sehingga 40 peratus, jualan peralatan elektronik kecil dengan harga serendah RM10 seunit, demonstrasi produk secara langsung oleh jenama terbabit dan jaminan eksklusif ekstra setahun percuma untuk ahli P1.

Promosi lain termasuk kempen Senheng Ulang Tahun Ke-30 yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bermula 1 September hingga 30 November ini di samping pemberian baucar tunai sebanyak RM8 juta dan baucar diskaun RM700 bagi pembelian minimum RM1,500 dalam satu resit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 6:34 AM