GLENDA
Bisnes HM

Brilliant Skin Essentials (Brilliant Skin) meluaskan pemasaran apabila membuka cawangan pertamanya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Glenda DC Victorio berkata, pihaknya memilih negara ini berikutan permintaan daripada pengguna begitu menggalakkan.

Katanya, sebagai syarikat produk kecantikan dari Filipina, pihaknya menitikberatkan pensijilan halal produk yang mana bukan saja terhadap produk, malah kemudahan pengilangan syarikat.

“Sebelum membuka cawangan di Malaysia, kami mencuba pasaran di negara ini dulu dan lebih 100,000 set produk terjual dan kini kami membuka cawangan fizikal pertama di Malaysia.

“Kami membuka francais Brilliant Skin kepada mereka yang berminat dan setakat ini kami mempunyai lima francaisi di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pasaran produk Brilliant Skin di Malaysia juga diharap menjadi platform untuk mula meneroka ke pasaran serantau lain.

Glenda berkata, Brilliant Skin berada di pasaran Filipina sejak tiga tahun lalu dan lebih kurang lima juta set terjual,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 12:44 PM