STEVEN (kiri) dan Gan (tengah) pada pelancaran Rozel Gen-R, semalam. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Rozel Corporation Sdn Bhd (Rozel) memperkenalkan sofa generasi baharunya, Rozel Gen-R, sekali gus menyasarkan 100 unit akan terjual dalam tempoh dua bulan.

Pengurus Pemasarannya, Steven Gan berkata, Rozel Gen-R disasarkan untuk golongan muda yang mementingkan gaya hidup moden dengan produk berkualiti.

Katanya, sebagai peneraju trend dalam dunia perabot dan gaya hidup, Rozel kini mengeluarkan produk yang tidak hanya tertumpu pada segmen premium tetapi juga pertengahan.

“Sebagai pakar dalam sofa kulit, kini kami menampilkan produk yang lebih banyak pilihan termasuk perabot dengan gabungan kulit dan kain serta warna lebih menarik.

“Sofa Rozel Gen-R adalah lambang gaya hidup terkini dengan keselesaan kulit tulen digabung bersama fabrik berkualiti tinggi serta diinspirasi daripada gaya rekaan kontemporari Scandinavia,” katanya kepada media selepas melancarkan Rozel Gen-R, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Rozel, Gan Tai Hwa.

Rozel Gen-R memberi jaminan hanya 100 peratus kulit dan fabrik berkualiti tinggi digunakan dalam menghasilkan kesimbangan sempurna di antara kulit dan nilai estetiknya.

Steven berkata, pelanggan juga boleh memilih fabrik untuk sandaran belakang dan kulit tulen untuk tempat duduk atau di bahagian skirting.

Sementara itu, Steven berkata, setakat ini pihaknya mempunyai 15 bilik pameran Rozel di seluruh negara yang mempamerkan pelbagai jenis perabot premium.

“Kami merancang untuk membuka bilik pameran lebih besar di Johor Bahru dan memperluas operasi kami di negeri lain pada tahun depan,” katanya.

Rozel Gen-R direka untuk generasi muda dan dinamik yang dijual pada harga bermula RM3,990.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 7:04 AM