GAN (kiri) memberi penerangan mengenai produk jualan kepada Jeryl selepas pembukaan pusat jualan produk kecantikan kedua My Beaute Village di Aeon Mall Klebang.
Bisnes HM
bisnes@hmetro.com.my


Ipoh: Pusat jualan produk kecantikan My Beaute Village menawarkan lebih 1,000 jenis produk kecantikan yang diimport dari luar negara termasuk Eropah, Australia dan Korea.

Anak syarikat kepada Magicboo Beauty itu menawarkan produk kecantikan muka, kulit serta rambut dan kini membuka cawangan di Aeon Klebang Mall Ipoh.

Pengarah My Beaute Village, Gan Ai Ping berkata, pusat jualan produk kecantikan itu ditubuhkan bertujuan menawarkan produk kecantikan yang premium pada harga berpatutan untuk generasi muda sehingga ke golongan pertengahan.

“Pelanggan yang datang ke My Beaute Village umpama menjelajah ke seluruh dunia mencari produk berkualiti untuk kecantikan dengan harga berpatutan dan semua jenama yang dijual adalah eksklusif untuk My Beaute Village.

“Matlamat My Beaute Village sangat mudah iaitu untuk pelanggan mendapatkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian My Beaute Village di Aeon Klebang, baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan penyanyi terkenal Jeryl Lee Pei Ling yang juga finalis keenam dalam pertandingan Sing! China 2016 di Beijing National Station.

Hadir sama di majlis perasmian itu adalah Pengurus Kanan Aeon Mall Wilayah Utara, Koh Hooi Choon.

Gan berkata, antara jenama yang dijual adalah Creightons dan Truezone dari UK, Echosline dan Kaypro (Itali), Naturalium dan Lagarto (Sepanyol), Green Pharmacy (Eropah), Eco Clean (Denmark), Rebirth & Enya (Australia) serta Skindom dan Esfolio (Korea).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 8:26 AM