LIM (tiga dari kiri) pada pelancaran program jelajah di Pandan Jaya, semalam.
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pengunjung Grand Senheng di Pandan Jaya berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM548 bagi setiap pembelian telefon pintar OPPO A9 2020 bersempena dengan program jelajah pertama OPPO bermula 27 hingga 29 September ini.

Model OPPO A9 2020 mula dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 18 September lalu dan ia dijual pada harga RM1,199 seunit.

Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, Gary Gong berkata, bagi meraikan pelancaran model berkenaan baru-baru ini, pihaknya memilih untuk menjalin kerjasama strategik bersama Senheng, rangkaian kedai elektronik pengguna di Malaysia.

Katanya, sepanjang program jelajah tiga hari itu, sebarang pembelian A9 2020, pengguna akan diberikan hadiah percuma seperti beg eksklusif, jaminan perlindungan skrin, kad MicroSD, bank tenaga dan pembesar suara Bluetooth bernilai RM548.

“Tawaran eksklusif ini disediakan di Grand Senheng Pandan Jaya saja bagi tempoh tiga hari bermula semalam sehingga Ahad.

“Inisiatif seperti ini membuktikan OPPO sentiasa berkerjasama rapat dengan rangkaian kedai seperti Senheng dan SenQ kerana mereka sentiasa memberikan sokongan padu terhadap produknya.

“Kolaborasi ini juga begitu bermakna memandangkan kedua-dua pihak mempunyai tujuan sama iaitu ingin meningkatkan pengalaman telefon pintar pengguna,” katanya pada majlis pelancaran program jelajah itu di sini, semalam.

Selain program jelajah di Grand Senheng Pandan Jaya, sebarang pembelian di Senheng dan SenQ sama ada secara dalam atau luar talian pada tempoh tiga hari itu akan diberikan tambahan jaminan setahun di bawah program kesetiaan PlusOne.

Malah, peminat setia OPPO juga dapat menikmati pelan pembayaran ansuran tanpa kadar faedah selama 24 bulan serta hadiah bernilai RM370 yang terdiri daripada beg OPPO, jaminan perlindungan skrin, bank tenaga dan kad MicroSD.

Sementara itu, Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng berkata, pihaknya turut teruja untuk melancar dan menjual model telefon pintar itu di gedungnya memandangkan ia mempunyai banyak ciri baharu serta mampu milik.

Menurutnya, sebagai jenama global, OPPO sentiasa komited dalam menyampaikan pengalaman unik kepada pelanggannya dalam beberapa tahun ini.

“Kami berharap dengan usaha sama ini juga, ia dapat membantu bagi mewujudkan sinergi seterusnya mewujudkan akses kepada pasaran dan pelanggan baharu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 11:00 AM