PEJABAT MNC Wireless Bhd.

KUALA LUMPUR: MNC Wireless Bhd mengumumkan tambahan penyenaraian 500,000 saham menjadikan keseluruhannya 478,883,400 saham dan saham baharu MNC disenaraikan pada 20 September ini.

Pada 12 September lalu, MNC mengumumkan Profil bagi Sekuriti bagi MNC-PA di laman Bursa Malaysia iaitu MNC-PA ditukar menjadi saham biasa MNC, dibayar sepenuhnya pada harga tukaran 6 sen seunit.

Syarikat itu berkata, ia dilakukan dengan dua kaedah iaitu menyerahkan 2 MNC-PA (yang diterbitkan pada harga 3 sen setiap satu) tanpa bayaran tambahan pada harga pertukaran 6 sen untuk satu saham baharu.

Dan juga penyerahan 1 MNC-PA (terbitan 3 sen satu) tanpa tambahan bayaran tunai untuk mencapai harga 6 sen bagi satu saham baru.

“MNC-PA terbabit boleh ditukar kepada saham baharu MNC pada bila-bila hari bursa dibuka bermula pada dan termasuk hari terbitan MNC-PA iaitu 6 September lalu sehingga dan termasuk tarikh matang MNC-PA pada 5 September 2029.

“Mana-mana baki MNC-PA yang tidak ditukar menjelang tempoh matang harus secara mandatory ditukar kepada saham baharu MNC pada nisbah pertukaran 2 MNC-PA bagi setiap satu saham baharu MNC,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 10:00 AM