PAYLATER membantu pelanggan menyusun perbelanjaan bulanan.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Grab memperkenalkan ciri pembayaran terbaharu iaitu PayLater bagi membantu pelanggannya menyusun perbelanjaan bulanan.

Melalui PayLater, pengguna perkhidmatan Grab sama ada Grab Rides, GrabFood atau GrabExpress boleh membuat bayaran secara pascabayar tanpa caj tambahan.

Grab dalam kenyataan berkata, ketika ini pihaknya sedang menjalankan program permulaan dengan beberapa pelanggan terpilih.

“Melalui ciri ini, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan dan hanya membayarnya pada setiap hujung bulan.

“Ia secara tidak langsung membantu pengguna untuk menyusun perbelanjaan mereka dan melihat berapa peruntukan yang diperlukan untuk perkhidmatan Grab,” katanya.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan PayLater di mana mereka akan menerima akses segera ke jumlah PayLater berdasarkan profil penggunaan mereka ke atas perkhidmatan Grab.

Bermula awal bulan ini, hanya pelanggan terpilih berpeluang mencuba ciri baharu ini dan ia bergantung kekerapan penggunaan perkhidmatan Grab.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 6:30 AM