KOLEKSI LifeWear daripada Uniqlo.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Jenama pakaian terkemuka dunia, UNIQLO akan membuka cawangan terbaru di pusat beli-belah The Spring Bintulu, Sarawak pada 18 Oktober depan.

Ia akan menjadi cawangan ketujuh UNIQLO di Sabah dan Sarawak.

UNIQLO dalam kenyataan berkata, cawangan terbaharu di pusat beli-belah itu menempatkan ruang seluas 884 meter persegi dengan pelbagai koleksi popular UNIQLO.

“Pelanggan juga berpeluang mendapatkan pelbagai aksesori di cawangan berkenaan.

“Selain itu, koleksi LifeWear turut disediakan sesuai untuk gaya lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi dengan harga serendah RM12.90,” katanya.

Menurutnya, UNIQLO komited untuk terus menawarkan pakaian dengan rekaan terkini namun selesa untuk digayakan setiap hari.

“Koleksi LifeWear antaranya menampilkan pakaian berkualiti tinggi dengan rekaan ringkas sesuai untuk gaya harian pengguna,” katanya.

UNIQLO Bintulu adalah cawangan kelima di Sarawak dan yang ke-50 di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 6:15 AM