SHAHRUL Nizar (kiri) memberi penerangan kepada kanak-kanak. FOTO Salhani Ibrahim
hmdigital

PETALING JAYA: Kanak-kanak yang mengunjungi KidZania boleh belajar mengenai kewangan menerusi menerusi aplikasi mudah alih atau hanya dengan mengimbas terminal pembayaran tanpa sentuh yang disediakan di taman tema itu.

Pengendali taman tema itu, KidZania Kuala Lumpur menjalin kerjasama dengan TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) dengan melancarkan Hab Inovasi Touch ‘n Go eWallet dan aplikasi Touch ‘n Go Z-Wallet di KidZania.

Aplikasi berkenaan hanya boleh dimuat turun secara eksklusif oleh pelawat ketika mereka berada di KidZania saja.

Datuk Bandar KidZania, Shahrul Nizar Ahmad berkata, aplikasi berkenaan membolehkan pengunjung menyemak bayaran dalam talian dan merancang untuk membuat simpanan serta menjadi lebih celik kewangan.

“Matlamat kami untuk membantu kanak-kanak memahami aspek kewangan dan pencarian wang sara hidup. Ia adalah komponen utama apa yang kami lakukan di sini,” katanya pada majlis pelancaran kerjasama berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif TNG Digital, Ignatius Ong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 6:53 AM