JENAMA kosmetik bertaraf antarabangsa, Note kini berada di pasaran tempatan.
HM Digital
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama bertapak di Singapura, jenama kosmetik bertaraf antarabangsa yang mendapat pengiktirafan halal, Note kini mula mengintai pasaran di negara ini.

Berdasarkan pretasi jualan semasa diterima di negara jiran, Note Malaysia mengambil langkah proaktif dalam usaha mendekatkan diri dengan pengguna melalui pembukaan satu lagi kiosk di negara ini menjadikan ia kini memiliki empat kios pengedaran sah.

Pengurus Jualan Rangkaian Note Asean, Mohamed K Zaman berkata, keempat-empat kios itu ialah di Parkson Setia City Mall dan IOI City Mall serta Isetan Gardens Mall dan One Utama.

“Kiosk di Setia City Mall akan dibuka pada 17 Ogos ini dan kami menyediakan hadiah kepada pelanggan selama tiga hari bermula 15 Ogos ini.

“Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan, Elfira Loy dan kami mempelawa peminat dan pengunjung pusat beli-belah itu mengunjungi kios kami,” katanya.

Menurutnya, pembukaan kios itu mendapat sambutan memberangsangkan sejak Note bertapak di Malaysia.

“Kami dapati wanita tempatan sangat mementingan kosmetik halal, tetapi bertaraf antarabangsa.

“Sebenarnya Note sinonim dengan pengguna di Paris, Dublin dan negara Barat lain walaupun ia produk dari Turki.

“Jadi tidak hairanlah ramai selebriti televisyen, ahli perniagaan dan tokoh agama menggunakannya.

“Keyakinan untuk menembusi pasaran di Malaysia timbul selepas berjaya di Singapura,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 12:02 AM