LEE (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 7-Eleven Malaysia, Colin Harley bersama Pikachu.
7 Eleven

BERITA gembira buat peminat tegar animasi Jepun terkenal, Pokemon apabila boleh mendapatkan koleksi pinggan Pokemon Poke di semua 2,335 outlet kedai serbaneka terkemuka, 7 Eleven di seluruh negara.

Sebanyak 28 reka bentuk dalam pelbagai warna menarik boleh dikumpul di mana setiap satu daripadanya menampilkan watak Pokemon yang popular seperti Pikachu, Snorlax, Charmander, Jigglypuff dan banyak lagi.

Caranya mudah sahaja. Sehingga 26 Ogos ini, pelanggan yang membelanjakan RM5 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana outlet 7 Eleven Malaysia akan menerima pelekat program itu.

Anda juga akan mendapat pelekat bonus sekiranya pembelian dilakukan termasuk produk rakan kongsi terpilih daripada jenama Cadbury dan Tropicana.

Kumpulkan 12 pelekat dan kemudian pinggan Pokemon Poke boleh ditebus secara percuma.

Jika anda kurang sabar atau tidak mahu mengumpul sehingga 12 pelekat, pinggan comel berkenaan boleh dibeli pada harga RM7.90 tetapi mesti disertakan dengan enam pelekat.

Menambah keterujaan peminat untuk 'memburu' kesemua 28 reka bentuk itu, turut dimasukkan misi mencari pinggan Masterball Poke yang setiap satu daripadanya hadir dengan pin khas.

Mereka yang bernasib baik mendapat pinggan eksklusif Masterball Poke itu pula berpeluang memenangi kupon Razor Pay bernilai RM200.

Pengurus Besar Pemasaran 7 Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata, pihaknya gembira dan berbesar hati untuk meneruskan kempen penebusan yang menarik, istimewa untuk pelanggan.

"Menerusi populariti filem Pokemon Detective Pikachu beberapa bulan lalu dan kegilaan ramai anak muda terhadap permainan Pokemon Go yang masih berterusan, kami yakin peminat watak ini akan memberi reaksi memberangsangkan," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen penebusan Pokemon Poke Plates, lawati www.7eleven.com atau ikuti 7 Eleven Malaysia di Facebook, Instagram atau Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 5:05 PM