HO Mun Hao. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pasar raya TF Value-Mart Sdn Bhd (TF Value-Mart) terus komited dalam menyediakan barangan segar dengan tawaran harga rendah bagi memenuhi keperluan pelanggannya terutama di daerah atau bandar kecil.

TF Value-Mart yang beroperasi sejak 62 tahun lalu dan kini mempunyai 32 cawangan di seluruh negara kekal menjadi pilihan dengan menawarkan harga rendah bersesuaian dengan slogannya Harga Jimat Setiap Hari.

Ketua Pegawai Eksekutif TF Value-Mart, Ho Mun Hao berkata, barangan segar adalah kekuatan pasar raya itu kerana ia adalah keperluan semua pelanggan terutama di bandar kecil.

Katanya, harga barangan yang ditawarkan juga adalah lebih rendah kerana kebanyakan barangan segar dibekalkan pekebun tempatan.

“Kami hanya memilih sayur, buah dan barang basah segar untuk dijual di pasar raya ini dan pada masa sama, menjaga harga jualan supaya ia kekal terendah di pasaran.

“Untuk membolehkan kami menyediakan barangan pada harga rendah setiap hari, kami bekerjasama erat dengan pembekal tempatan di setiap lokasi pasar raya.

“Barang basah terutama makanan laut pula diambil dari pembekal sekitar Kuala Selangor dan Kuala Kedah setiap hari bagi memastikan kesegarannya,” katanya.

Selain barangan segar, TF Value-Mart turut menawarkan pelbagai barangan kering, makanan dalam tin, pakaian, perkakasan rumah termasuk barangan elektrik juga pada harga rendah dan berkualiti.

TF Value-Mart juga menyediakan kad keahlian supaya pelanggan dapat menikmati pelbagai hadiah atau potongan harga kepada pelanggan setianya.

Di samping itu, kata Ho, pihaknya juga akan membuka satu lagi cawangan baru di Balik Pulau, Pulau Pinang sekitar tahun ini dan beberapa cawangan lain pada tahun hadapan.

“TF Value-Mart terus mengekalkan konsep utama iaitu memilih daerah atau pinggir bandar besar untuk menjalankan operasi dan menyasarkan pelanggan berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 7:07 AM