SYAHRUNIZAM bersama Ketua Pegawai Risiko TNG Digital Sdn Bhd, Teh Huey Tzi pada majlis perasmian Touch ‘n Go eWallet Money Back Guarantee dan Forum Keselamatan eWallet.
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pedagang bagi aplikasi pembayaran digital yang dibangunkannya, Touch ‘n Go eWallet kepada antara 80,000 hingga 90,000 pedagang menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syahrunizam Samsudin berkata, setakat ini dompet elektronik itu mempunyai 70,000 pedagang yang menawarkan pelbagai penawaran dan perkhidmatan untuk pengguna aplikasi itu.

Beliau berkata, penting untuk meluaskan capaian pedagang untuk dompet elektronik itu kerana ia dapat meningkatkan lagi penyertaan peserta industri daripada pelbagai sektor untuk bersama merealisasikan komuniti tanpa tunai di Malaysia.

“Apa yang penting kami mahu menggalakkan pedagang mahupun peniaga untuk menawarkan penggunaan platform berteknologi seperti Touch ‘n Go eWallet supaya pelanggan berasa selesa untuk menjadikan sebagai plaform pilihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 7:03 AM