ARULDOSS (tiga dari kiri) bersama pegawai kanan memotong reben merasmikan pembukaan Harvey Norman di IOI City Mall.
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Peneraju keperluan isi rumah global dari Australia, Harvey Norman membuka cawangan baru yang dinaik taraf di IOI City Mall, dengan objektif memberi Pengalaman Belian Revolusi kepada pelanggan.

Cawangan berkenaan adalah yang ke-18 di Malaysia dan diperluas bagi menawarkan pelbagai jenama utama barangan elektrik, komputer, perabot dan peralatan tempat tidur dalam julat yang besar di bawah satu bumbung.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pengalaman serta perkhidmatan terbaik adalah kunci utama yang berupaya membuatkan pelanggan berbelanja sekali gus membuatkan mereka sentiasa meletakkan Harvey Norman sebagai tempat terbaik untuk membeli-belah.

Katanya, pihaknya sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan setiap masa.

“Kami juga menawarkan nilai hebat pada produk yang konprehensif disamping pelanggan dapat membeli dengan yakin menerusi polisi pertukaran dan pengembalian kami, tempahan produk, perkhidmatan penghantaran segera dan penjagaan produk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 7:32 AM