PEMENANG mingguan Kempen Umrah Bersama CIMB Islamic bersama pengurusan tertinggi CIMB Islamic.
CIMB Islamic Bank

CIMB Islamic Bank berterusan mengadakan pelbagai kempen untuk pelanggan mereka apabila melancarkan Kempen Umrah Bersama CIMB Islamic, sejak awal April lalu.

Kempen selama tiga bulan bermula dari 1 April sehingga 30 Jun ini, menawarkan hadiah pakej umrah untuk dua orang bernilai RM20,000 untuk setiap pemenang mingguan selama 13 minggu.

Ketua pegawai eksekutif CIMB Islamic Bank, Rafe Haneef berkata, Kempen Umrah Bersama CIMB Islamic ini adalah sebahagian daripada pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang tahun ini bagi memberi peluang kepada bakal pelanggan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

“Menyedari kepentingan meluaskan skop perkhidmatan, kami komited dalam memberi pengalaman baru kepada pelanggan dan bakal pelanggan dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan program baru sepanjang tahun.

“Untuk menyertai Kempen Umrah Bersama CIMB Islamic ini cukup mudah, pelanggan sedia ada yang memiliki akaun simpanan-i atau akaun semasa-i CIMB Islamic hanya perlu memautkan kad debit Mastercard CIMB ke akaun Tabung Haji di mesin juruwang automatik (ATM) CIMB dan secara automatik anda layak dan akan menerima 50 penyertaan untuk kempen ini.

“Bagi yang belum mempunyai akaun simpanan-i atau semasa-i bersama CIMB Islamic, anda hanya perlu membuka akaun simpanan-i atau akaun semasa-i di mana-mana cawangan CIMB Islamic dan seterusnya pautkan kad debit Mastercard CIMB ke akaun Tabung Haji di terminal ATM CIMB,” katanya.

Bagi setiap akaun CIMB Islamic baru yang berjaya dibuka melayakkan anda untuk menerima tambahan 50 penyertaan. Pautan ini membolehkan anda melakukan proses pemindahan wang secara terus antara Tabung Haji dan CIMB tanpa perlu berurusan di kaunter.

Urusan servis Tabung Haji seperti menyemak baki, deposit tunai melalui pemindahan segera, pengeluaran tunai dan penetapan had transaksi boleh dilakukan lebih mudah di semua terminal ATM CIMB di seluruh Malaysia.

Selain itu, setiap transaksi perbelanjaan minimum RM50 di stesen minyak atau mana-mana kedai melalui kad debit Mastercard CIMB, bayaran bil, JomPAY dan DuitNow melalui CIMB Clicks juga melayakkan anda untuk menerima tambahan 10 penyertaan.

Cawangan CIMB Islamic terletak setempat dengan cawangan CIMB Bank di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.cimbislamic.com.my/umrah atau www.cimbislamic.com.my/tabunghaji

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 4:34 PM