BASKIN-Robbins berkolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal TAS bagi Bungkus of Happiness.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Rantaian aiskrim terbesar di dunia, Baskin-Robbins mengumumkan kolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal Datuk Tom Abang Saufi (TAS) bagi edisi khas sempena hari raya.

Baskin-Robbins dalam kenyataan berkata, edisi terhad yang dinamakan Bungkus of Happiness ini disertakan dengan tiga rekaan selendang Baskin-Robbins yang direka khas dengan menggabungkan unsur moden dan rekaan tradisional.

Bungkus of Happiness adalah hamper istimewa yang boleh dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Nama ‘bungkus’ yang diambil untuk pek ini membawa pengertian selendang yang direka khas oleh TAS manakala ‘kebahagiaan’ yang dimaksudkan ialah aiskrim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suapan,” katanya.

TAS ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik berwarna-warni.

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Aiskrim dan selendang Wafel di mana semua selendang ini diperbuat daripada kain campuran sutera berkualiti tinggi.

Bungkus of Happiness ditawarkan dalam pek 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) mengikut perisa aiskrim pilihan yang disertakan dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad.

Promosi ini sah sehingga 31 Julai 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 10:26 AM