TOYOTA Avanza hadir dalam tiga varian.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


UMW Toyota Motor Sdn Bhd sebagai pengedar utama kenderaan Toyota di negara ini mengumumkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Avanza 2019 kini sudah mula dijual di semua pusat jualan Toyota di seluruh negara.

Tiga varian ditawarkan iaitu Avanza 1.5E, Avanza 1.5S dan Avanza 1.5S+ masing-masing pada harga jualan RM80,888, RM83,888 dan RM87,888 dengan empat pilihan warna Dark Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic, White dan Black Metallic.

Rekaan luaran kini dengan bampar baru, lampu hadapan dua lapisan LED tampil sporty, antena radio Sharkfin pada bumbung, spoiler pada pintu belakang dengan lampu berhenti, kemasan krom pada bawah pintu hadapan dan rim aloi 15 inci sebagai ciri standard.

Ruang dalaman dengan papan pemuka dua warna serta farbrik tempat duduk baharu, sistem pendingin hawa digital, skrin sesentuh untuk hiburan dan maklumat dengan Apple CarPlay serta Android Auto juga dua pengecas USB.

Avanza 2019 dikuasakan enjin 1.5 liter 4 silinder DOHC dengan Dual VVT-I serta kotak gear transmisi empat kelajuan yang kini dipertingkatkan untuk mengurangkan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 9:27 PM