AIRASIA akan menyediakan 437 penerbangan tambahan pada musim perayaan Hari Raya tahun ini. -Foto MRO Network
Bisnes HM
bisnes@hmetro.com.my


AIRASIA akan menyediakan 437 penerbangan tambahan pada musim perayaan Hari Raya tahun ini antara 30 Mei dan 16 Jun 2019.

Penerbangan tambahan itu membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat pada musim perayaan, pihaknya menyediakan penerbangan ini dengan tambahan 78,000 tempat duduk.

“Penerbangan tambahan ini kini boleh ditempah di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 7:50 PM