Chatime kini boleh dinikmati di TGV Cinemas.
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my


CHATIME Malaysia Sdn Bhd (Chatime), membuka cawangan terbaharunya dalam pawagam TGV Cinemas di pusat beli-belah yang baru dibuka, iaitu Central i-City di Shah Alam.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime, Aliza Ali berkata, cawangan itu menjadikan Chatime sebagai jenama teh bubble pertama membuka cawangan dalam pawagam.

Beliau berkata, cawangan pertama Chatime dalam rangkaian pawagam popular, TGV Cinemas itu adalah bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan yang ingin menonton wayang sambil menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka.

“Jika sebelum ini, mungkin ada antara peminat teh bubble di luar sana pernah membawa masuk minuman kegemaran mereka itu secara curi-curi ke dalam pawagam untuk dinikmati ketika sesi menonton filem.

“Kini mereka tidak lagi perlu melakukan perkara sedemikian kerana mereka boleh membawa masuk minuman Chatime dengan senang hati,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Mula dibuka kepada orang ramai pada 23 Mac lalu, Chatime TGV Cinemas terletak di pintu masuk TGV Cinemas.

Selain cawangan itu, sebuah lagi cawangan Chatime turut dibuka di pusat beli-belah yang sama iaitu di tingkat bawah tanah (LG).

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime, Widayu Latiff berkata, kerjasama dengan TGV Cinemas Sdn Bhd itu jelas membuktikan komitmennya dalam menjadikan Chatime sebagai jenama minuman gaya hidup masa kini.

“Sebagai jenama minuman gaya hidup, kami komited dalam menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jenama daripada pelbagai segmen termasuklah hiburan, program kesetiaan syarikat

penerbangan, telekomunikasi, perbankan dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 1:20 PM