SUPER Saver disasarkan kepada pelancong yang tiada bagasi. FOTO Zahari Zakaria
HM Digital

Malindo Air memperkenalkan Super Saver iaitu kumpulan tambang baharu untuk menyasarkan segmen pasaran berbeza yang membolehkan penumpang membuat pilihan ke atas bagasi dan makanan pilihan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, Super Saver disediakan untuk kelas ekonomi penerbangan Boeing dan ATR.

“Ketika proses tempahan, pilihan untuk Super Saver, Value, Flexi dan Perniagaan akan dipaparkan bagi penerbangan yang berlepas dari KLIA, manakala bagi penerbangan ATR, pilihan Super Saver, Value dan Shuttle/Flexi juga dipaparkan untuk pilihan,” katanya.

Menurutnya, kumpulan tambang baharu itu menjadi pilihan sesuai untuk pelancong yang tidak membawa bagasi dan tidak memerlukan makanan di atas pesawat.

“Pengumuman ini tepat pada masanya ketika meraikan ulang tahun keenam Splendid bulan ini dan kempen jualan ulang tahun tambang sehala daripada RM59,” katanya.

Untuk jualan kempen ulang tahun, beliau berkata, tempahan kini boleh didapati di laman web Malindo Air www.malindoair.com.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 9:00 AM