EDMUND (empat dari kiri) selepas merasmikan kempen DC Residensi X Ingress Auto.
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: GuocoLand Malaysia (GLM) yakin projek kediaman, DC Residensi terjual sepenuhnya berikutan setakat ini lebih 70 peratus unit sudah dijual.

DC Residensi mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli tempatan dan asing terutama dari Singapura, China dan Hong Kong.

Pengarah Urusannya, Datuk Edmund Kong berkata, projek DC Residensi terbabit dibangunkan dengan pusat beli-belah (DC Mall) dan hotel dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.5 bilion.

“Kami turut menganjurkan kempen eksklusif (DC Residensi X Ingress Auto) untuk pembeli tempatan yang mencari kediaman di lokasi strategik di tengah bandar Damansara Heights.

“GLM bekerjasama dengan Ingress Auto untuk menawarkan pakej dan rebat sehingga RM300,000 bagi semua model BMW dengan setiap pembelian unit DC Residensi,” katanya.

DC Residensi yang dijual pada harga RM1,600 sekaki persegi adalah pembangunan hartanah kediaman membabitkan 370 apartment mewah satu hingga empat bilik serta penthouse dengan reka bentuk kontemporari.

Unit yang dibina berkeluasan 904 kaki persegi sehingga 2,702 kaki persegi dengan harga RM1.7 juta hingga RM4.4 juta, manakala penthouse ditawarkan pada harga RM5.9 juta hingga RM8.9 juta.


DC Residensi yang dijual pada harga RM1,600 sekaki persegi adalah pembangunan hartanah kediaman babitkan 370 apartment mewah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 1:07 PM