LAZADA satu-satunya jenama e-dagang dari rantau Asia Tenggara berada dalam kedudukan 15 teratas. FOTO Owee Ah Chun
HM Digital

Kuala Lumpur: Lazada Malaysia diiktiraf sebagai pemain e-dagang utama dalam kaji selidik tahunan YouGov BrandIndex untuk 2018.

Melalui kaji selidik berkenaan yang mengukur persepsi jenama, Lazada Malaysia menjana maklum balas paling positif daripada rakyat Malaysia untuk kategori pemain e-dagang di negara ini dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Lazada juga satu-satunya jenama e-dagang dari rantau Asia Tenggara berada dalam kedudukan 15 teratas dalam kaji selidik berkenaan.

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham berkata, pengiktirafan berkenaan penghormatan bagi jenama Lazada.

“Untuk menjadi jenama Asia Tenggara utama dan satu-satunya jenama e-dagang dari rantau ini berikutan sokongan pelanggan, penjual dan rakan kongsi jenama.

“Setiap Lazadian di enam negara yang kami beroperasi terus melancarkan laluan baru dan menyebarkan cinta kepada Lazada,” katanya.

YouGov BrandIndex mengukur persepsi orang ramai terhadap jenama setiap hari dalam pelbagai langkah.

Peringkat tahunan disusun menggunakan skor buzz dari semua 52 minggu pada tahun 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 8:21 AM