KEDIAMAN Reesia diilhamkan daripada rumah ladang tradisional.

Kuala Lumpur: Sime Darby Property Berhad akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat kediaman daripada projek terbaharunya iaitu Reesia di Elmina Gardens yang terletak di Bandar Elmina, Shah Alam bermula 26 Januari ini.

Reesia adalah pembangunan pegangan bebas merangkumi lebih dari 5.74 hektar terdiri daripada 90 unit rumah luas berkembar 40 kaki x 80 kaki dengan kawasan dibina bermula daripada 3,243 kaki persegi.

Fasa pertama 42 unit ditawarkan pada hari terbabit dengan harga bermula dari RM1.9 juta bersama pakej jualan menarik.

Pengurus Besar Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, Reesia di Elmina Gardens satu lagi pembangunan kediaman luar biasa di Bandar Elmina.

Menurutnya, Reesia diilhamkan daripada rumah ladang tradisional yang menggabungkan kehidupan praktikal dengan inovasi terkini dan mewujudkan rumah yang memenuhi keperluan generasi berbeza.

“Kami mengharapkan Reesia mengikuti kejayaan pembangunan semi-D yang laris dijual di kawasan perbandaran ini seperti Tiana dan Semanea Hills.

“Permintaan rumah dua tingkat dan separa berkembar di Bandar Elmina kukuh, sekali gus menunjukkan kecenderungan bagi rumah bertanah seperti Reesia yang menawarkan ruang mencukupi untuk keluarga yang semakin meningkat di Lembah Klang,” katanya.

Semua unit Reesia mempunyai kawasan dan ruang luas dengan kegunaan fleksibel bersama ruang keluarga di tingkat pertama selain ruang belajar yang boleh dijadikan bilik tambahan.

Selain itu, unit kediaman ini menawarkan ciri lain termasuk sistem penggera, pemanas air solar berpusat untuk semua bilik mandi dan penebat yang menjadikan suhu dalaman rumah selesa, sekali gus menjadikan Reesia sebagai sebuah rumah luar biasa untuk dimiliki.

Bandar Elmina terdiri daripada beberapa bandar termasuk Denai Alam, Bukit Subang, Elmina Timur dan Elmina Barat dengan ciri reka bentuk utama di sini ialah Elmina Central Park di kawasan paling utama di Elmina Barat dan dihubungkan dengan Hutan Simpan Empangan Tasik Subang.

Kawasan perbandaran Bandar Elmina ini dihubungkan dengan rangkaian jalan raya baik dan mudah diakses melalui Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya LATAR, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 4:31 AM