Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir. FOTO arkib NSTP
Azzman Abdul Jamal

UTUSAN Melayu (Malaysia) Bhd (UMMB) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, berkuat-kuasa hari ini.

Peletakan jawatan beliau adalah selepas dua minggu melaksanakan pengecilan operasi syarikat akhbar milik UMNO itu.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam, UMMB berkata, peletakan jawatan Abd Aziz adalah disebabkan komitmen perniagaan peribadinya yang lain.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru itu dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif UMMB pada 7 Jun lalu susulan peletakan jawatan secara sukarela membabitkan empat pengarah termasuk bekas pengerusi, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Peletakan jawatan pengarah terbabit selaras dengan pelan penstrukturan keseluruhan kumpulan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Abd Aziz adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Indiana University, Indiana, Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 10:13 PM