BERNARD Chiang

LOGICALIS, syarikat penyelesaian teknologi maklumat dan perkhidmatan terurus mengumumkan pelantikan Bernard Chiang sebagai Pengarah Urusan bagi operasinya di Malaysia.

Chiang akan bertanggungjawab meningkatkan inovasi, pendapatan dan keuntungan bagi Logicalis Malaysia.

Beliau turut akan bertanggungjawab bagi kerja sama dengan rakan perniaggaan lain untuk membangunkan penyelesaian baru.

Bernard mempunyai pengalaman 30 tahun dalam jualan di industri teknologi.

Terdahulu, beliau adalah Pengarah Urusan SAP dan pernah memegang jawatan kanan di HP IPG, Nortel dan IBM.

Bernard juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Logicalis Asia, Lee Chong Win berkata, Malaysia adalah antara pasaran utama bagi Logicalis.

“Saya sangat gembira kerana Bernard, dengan rekodnya yang terbukti, menyertai kami untuk memimpin Logicalis Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 11:55 AM