PETRON bekerjasama dengan WeChat Pay Malaysia menawarkan pembayaran e-dompet di stesen perkhidmatannya.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Petron Malaysia menjangka pertumbuhan yang lebih baik pada 2019 bagi menampung permintaan yang lebih tinggi.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Zaimi Harun berkata, Petron Malaysia juga akan mengumumkan berita, program dan perkongsian yang lebih menarik dalam tahun akan datang.

“Kami berusaha untuk berkembang selaras dengan permintaan yang meningkat dengan 620 stesen dan jumlah ini dijangka berkembang dengan pesat,” katanya dalam lawatan media eksklusif, baru-baru ini.

Zaimi berkata, bidang tumpuan adalah bandar utama dengan pasaran yang lebih besar, terutama Lembah Klang serta pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kami akan meneruskan (kerjasama kami) tahun depan dengan Marvel Comics dengan beberapa lagi dalam perancangan,” katanya.

Selain Marvel Comics, Petron Malaysia mempunyai kerjasama dengan Program Enrich Malaysia Airlines dan baru-baru ini dengan WeChat Pay Malaysia, untuk menawarkan pembayaran e-dompet di stesen perkhidmatannya.

Lawatan Media TriAction Advantage Performance Run Petron dari 28 dan 29 November adalah untuk menunjukkan prestasi perumusan tambahan canggih syarikat, TriAction Advantage dalam bahan api terlarisnya larisnya, Petron Blaze 95.

Kilang penapisannya di Port Dickson menghasilkan produk berkenaan sebanyak 88,000 tong sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 11:01 AM