KENNETH di cawangan Harvey Norman Mutiara Damansaran.
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@nstp.com.my

Petaling Jaya: Harvey Norman komited meneroka pasaran Malaysia menerusi rancangannya membuka 45 cawangan baru dalam tempoh lima ke 10 tahun.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia Kenneth Aruldoss berkata, Harvey Norman berkembang baik dan menjadi jenama yang dipercayai dalam segmen kelengkapan isi rumah di negara ini.

Katanya, setiap tahun pihaknya menjangka membuka antara lima hingga tujuh cawangan baru di lokasi berpotensi tinggi.

“Kami yakin dengan pasaran Malaysia yang mana golongan pendapatan pertengahan semakin berkembang dan kepelbagaian pilihan produk ditawarkan Harvey Norman memudahkan syarikat membuka lebih banyak cawangan seperti disasarkan.

“Setakat ini, kami mempunyai 17 rangkaian di Malaysia dan antara negeri yang menjadi pilihan cawangan baru adalah di Sabah, Johor, Lembah Klang dan Melaka,” katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kira-kira 90 peratus pekerja di Harvey Norman adalah rakyat tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 8:25 AM