LIM (tiga dari kanan) melihat model pangsapuri servis dalam projek Zenopy Residences yang dilancarkan, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@nstp.com.my

Seri Kembangan: LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan pembangunan terbarunya Zenopy Residences dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM312 juta.

Zenopy Residences ialah pembangunan bercampur setinggi 32 tingkat dilengkapi pangsapuri servis dan unit peruncitan.

Pengarah Urusannya Tan Sri Lim Hock San berkata, pembangunan baru itu mendapat sambutan apabila 31 peratus membabitkan 122 unit kediaman terjual sebelum pelancaran.

Katanya, Zenopy Residences menampilkan reka bentuk susun atur unik dengan binaan antara 823 kaki persegi hingga 2,031 kaki persegi.

Zenopy Residences dijangka siap pembinaan sepenuhnya menjelang 2020 dan kami menjangkakan lebih 75 peratus akan terjual tahun depan.

“Jumlah keseluruhan unit kediaman bagi Zenopy Residences adalah 398 unit,” katanyaselepas pelancaran Zenopy Residences di sini, semalam.

Terletak di atas sebidang tanah dengan keluasan 1.89 hektar, ada 17 unit pada setiap tingkat Zenopy Residences dan ia dilengkapi enam lif.

Selain itu, Zenopy Residences juga mempunyai 51 unit kedai komersial dan 23 unit kedai mampu milik yang mana 88 peratus daripadanya telah ditempah.

Zenopy Residences dijual pada harga mampu milik dari RM413,000 hingga RM604,000.

Lim berkata, untuk membolehkan pembeli kediaman mengamalkan gaya hidup seimbang, Zenopy Residences menggabungkan lebih 40 fasiliti yang dibina dalam pembangunan ini dan disesuaikan dengan keperluan gaya hidup masa kini.

Zenopy Residences terletak lima kilometer (km) dari pusat beli-belah, kedai runcit dan pasar raya besar, 4km dari Sekolah Antarabangsa Alice Smith dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta hampir dengan Taman Rekreasi Puncak Jalil dan Farm in the City.

Untuk maklumat lanjut mengenai Zenopy Residences, orang ramai boleh layari www.lbs.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 2:53 AM