KAMARUL Ariffin
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Affin Bank Berhad (Affin Bank) menjalin kerjasama dengan Asian Banking School (ABS) untuk program khusus kesedaran dan pelaksanaan Penilaian Diagnostik Pengurusan Risiko Operasi dan Analisis Senario.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, program itu meningkatkan tahap penerapan pengurusan risiko di Affin Bank, membina metodologi teguh dan pendekatan pelbagai dimensi dalam kemahiran analisis senario risiko operasi.

“Ia melengkapkan dan memperkasakan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan termasuk pensijilan Train-the-Trainer (TTT) (Melatih Pelatih bagi membantu Affin Bank memperkukuhkan pengurusan risiko operasi.

“Program ini mampu melengkapkan dan memperkasakan kakitangan AFFIN dalam pengesanan serta penilaian sumber risiko operasi baru melalui pendekatan analisis senario,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABS, Profesor Colyn Gardner berkata, kepercayaan berterusan Affin Bank untuk membangunkan tenaga kerjanya adalah pengesahan hebat terhadap standard tinggi yang kami tetapkan dalam pembinaan pelbagai program latihan untuk industri.

“Ia amat memberangsangkan apabila pihak pengurusan kanan seperti di Affin Bank memberi perhatian terhadap keperluan untuk pembelajaran berterusan dan menekankan kepentingan latihan di seluruh organisasi mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 1:18 AM