PENGERUSI Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA, Nasarudin Nasimuddin menandatangani plak pada perasmian ruang pameran yang ditambah baik di Klang, semalam.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@nstp.com.my


Klang: Naza Corporation Holdings melalui anak syarikatnya, NZ Wheels Sdn Bhd pengedar sah kenderaan jenama Mercedes-Benz di Malaysia memperkenalkan ruang pameran yang ditambahbaik di Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotifnya Datuk Samson Anand George berkata, sejumlah RM12 juta dilaburkan untuk dua pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) mereka di Johor Bahru dan terbaru di Klang itu.

“Mercedes-Benz adalah pasaran utama untuk NZ Wheels dan kami menyasarkan margin keuntungan lebih tinggi serta khidmat selepas jualan terbaik selepas penambahbaikan ini,” katanya pada perasmian diadakan di sini, semalam.

Ruang pameran ini memenuhi piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) global Autohaus dengan Identiti Korporat (CI) yang standard dalam meningkatkan keselesaan dan pengalaman kepada pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 4:44 AM