Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus (empat dari kiri), Abang Jimmy (lima dari kanan) bersama artis pada majlis pelancaran mata ganjaran kad Mesra di sini, hari ini. FOTO Yazit Razali
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan struktur mata ganjaran baru bagi pemegang Kad Mesra yang membolehkan pelanggannya menikmati tiga mata Mesra bagi setiap belian seliter bagi semua jenis bahan api, termasuk Petronas Primax 95 dan 97 serta Dynamic Diesel Euro 2 dan 3.

Ketua Pemasaran Perniagaan Peruncitan PDB, Abang Jimmy Abang Mordian berkata, penstrukturan semula mata ganjaran itu menawarkan nilai yang tertinggi dalam pasaran runcit bahan api yang membolehkan penebusan lebih cepat dan mudah.

Beliau berkata, jika dilakukan perbandingan, dengan isian bahan api sehingga 225 liter, pemegang Kad Mesra akan menerima sebanyak 675 mata ganjaran yang bernilai RM6.75 iaitu lebih tinggi dari 450 mata ganjaran atau RM5 bagi peruncit bahan api lain dalam pasaran untuk jumlah isian yang sama.

“€œHari ini kos sara hidup semakin meningkat dan menjadikannya lebih mencabar, jadi dengan struktur mata ganjaran ini, ia dapat menyediakan penjimatan luar biasa kepada pelanggan.

“€œPelanggan setia Kad Mesra boleh menebus mata ganjarandengan lebih pantas dan mudah di mana-mana cawangan stesen minyak Petronas di seluruh negara,”€ katanya pada majlis pelancaran Mata Ganjaran Tiga Kali Kad Mesra Petronas di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 4:01 PM