PENGURUS Besar Maybank London, Nik Farid Mohamed menerima anugerah daripada Rowles. baru-baru ini.
HM Digital

Kuala Lumpur: Jenama Malaysia antara pemenang yang diumumkan dalam edisi keempat Anugerah Penjenamaan Dunia yang diadakan di Istana Kensington, baru-baru ini.

Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia Richard Rowles berkata, majlis berprestij itu menyaksikan 245 jenama dari 32 negara dinobatkan sebagai Jenama Terbaik Tahun itu.

“Pemenang peringkat global termasuk Apple, Beijing Tong Ren Tang, BMW, Cartier dan Samsung,” katanya.

Menurutnya, pemenang peringkat kebangsaan dari Malaysia termasuk Getha (Perabot – Katil & Tilam), Maybank (Perbankan), MML (Kediaman & Taman – Jubin), Pertama (Makanan Sejuk Beku – Lilitan Pastri), Spritzer (Air), Sunway Lagoon (Taman Tema), Sunway Property (Pemaju Hartanah), OLDTOWN White Coffee (Peruncit – Kopi) dan Unifi (Jalur Lebar/ISP).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 7:30 AM